BANDAR SERI BEGAWAN, Ahad - Enam buah pasukan yang bermain di sebelah pagi dan petang dalam Kejohanan Futsal PegaStar FT 2010 hari ini berjaya melalui peringkat kumpulan masing-masing bagi melangkah setapak lagi menuju peringkat akhir.
Pasukan-pasukan itu ialah Oldfriend dan PegaStar FT dari Kumpulan A, Puspa United dan Bukit Udal dari Kumpulan B serta APKHYT FT dan Lega Lego 'B' dari Kumpulan C.
Oldfriend mengungguli Kumpulan A yang hanya mengandungi 4 buah pasukan itu dengan 5 mata hasil daripada 1 kemenangan dan 2 seri, manakala PegaStar FT di tempat kedua dengan 3 mata, berkongsi mata dan perbezaan jaringan 0 dengan Gunners 'A', tetapi mara dengan kelebihan jaringan gol iaitu 3 gol berbanding hanya 2 gol bagi Gunners 'A'.
Dalam Kumpulan B pula, Puspa United mengalahkan setiap lawannya bagi mengumpulkan mata sempurna, 12, manakala Bukit Udal di tangga kedua dengan 9 mata hasil 3 kemenangan dan 1 kekalahan.
Kumpulan C yang diungguli APKHYT FT dengan 12 mata hasil dari 4 kemenangan, juga menyaksikan perebutan kedudukan naib juara antara Lega Lego 'B' dengan Syahkampong yang kedua-duanya mencatat 1 menang, 2 seri dan 1 kalah bagi mengumpul 5 mata, tetapi Lega Lego 'B' yang layak meneruskan perjuangan dengan perbezaan gol +2 berbanding -1 bagi Syahkampong.
Perlawanan dalam Kumpulan D, E dan F masih lagi berlangsung malam ini, manakala Kumpulan G dan H akan memulakan perlawanan mereka Ahad depan di tempat yang sama, Dewan Serbaguna Kompleks Sukan Universiti Brunei Darussalam (UBD).
*tapi syg..nama team tani ah luan belurus kana eja ehhehe
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment